Saturday, July 31, 2010

Siapakah Aku?

Siapakah aku?,
aku adalah insan yang dijadikan dari segumpal darah,
dicantumkan dengan daging yang diambil dari tanah,
dan dihidupkan dgn dimasukkan roh ke dalam jasad yg dibentuk,
kemudian semakin membesar di dalam rahim sehingga lah mencapai 9 bulan,
ketika itu,keluarlah seorang makhluk bergelar manusia,
yang diciptakan dgn sempurna dan juga tangisan,
sbb khalifah di muka bumi ini....


Siapakah aku?,
aku adalah insan yang dididik dgn baik oleh insan yg bergelar ibubapa,
dibesarkan dgn penuh kasih sayang dan di ajarkan tentang agama,
supaya menjadi manusia yg berjaya dan berakhlak mulia,
diajarkan juga kalimah-kalimah arab,
iaitu lah Al-Quran,mukjizat dariNya,
kepada kekasihNya,
Nabi Muhammad s.aw namanya...


Siapakah aku?,
aku hanya la hambaMu yang hina,
penuh dgn dosa yg nista,
berdoa memohon kerberkatanNya,
berjuang menentang nafsu yang hina,
agar mendapat rahmat dariNya,
semoga mendapat kebahagian dariNya, 
di dunia mahupun di akhirat,
agar terhindari dari kemungkaranNya...


Ya Allah,Tuhan Yang Maha Pemurah,
Lagi Maha Penyayang,
Berikanlah kekuatan dan ketabahan pada hambaMu ini,
dalam mengharungi,segala dugaan dan cubaan dariMu,
moga dilindungi dari syaitan yg menyesatkan,
supaya aman sejahteralah,hidup di dunia


Robana zolam na anfusana,wailam tar fillana,watarhamna la naku nan na minal kosirin...


Nukilan,Amin Ungu..

No comments:

Post a Comment