Saturday, July 31, 2010

Siapakah Aku?

Siapakah aku?,
aku adalah insan yang dijadikan dari segumpal darah,
dicantumkan dengan daging yang diambil dari tanah,
dan dihidupkan dgn dimasukkan roh ke dalam jasad yg dibentuk,
kemudian semakin membesar di dalam rahim sehingga lah mencapai 9 bulan,
ketika itu,keluarlah seorang makhluk bergelar manusia,
yang diciptakan dgn sempurna dan juga tangisan,
sbb khalifah di muka bumi ini....


Siapakah aku?,
aku adalah insan yang dididik dgn baik oleh insan yg bergelar ibubapa,
dibesarkan dgn penuh kasih sayang dan di ajarkan tentang agama,
supaya menjadi manusia yg berjaya dan berakhlak mulia,
diajarkan juga kalimah-kalimah arab,
iaitu lah Al-Quran,mukjizat dariNya,
kepada kekasihNya,
Nabi Muhammad s.aw namanya...


Siapakah aku?,
aku hanya la hambaMu yang hina,
penuh dgn dosa yg nista,
berdoa memohon kerberkatanNya,
berjuang menentang nafsu yang hina,
agar mendapat rahmat dariNya,
semoga mendapat kebahagian dariNya, 
di dunia mahupun di akhirat,
agar terhindari dari kemungkaranNya...


Ya Allah,Tuhan Yang Maha Pemurah,
Lagi Maha Penyayang,
Berikanlah kekuatan dan ketabahan pada hambaMu ini,
dalam mengharungi,segala dugaan dan cubaan dariMu,
moga dilindungi dari syaitan yg menyesatkan,
supaya aman sejahteralah,hidup di dunia


Robana zolam na anfusana,wailam tar fillana,watarhamna la naku nan na minal kosirin...


Nukilan,Amin Ungu..

Tuesday, July 27, 2010

Tolonglah Wahai Wanita

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja)  mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.
Nabi Muhammad bersabda :

Ertinya : “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Bingkisan Doa

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU. 


Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah,

Wahai Hati...Dengarlah..

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya.  Bukankah ini yang dinamakan iman…………
Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.’
Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.
Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.
Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’
Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….

Tuesday, July 20, 2010

PSMZA DAN JKA(DkA S 2)


....Tanggal Julai 2007,aku telah dimasukkan ke ipta iaitu PSMZA sehingga tahun 2010....bemula lah perjalanan pembelajaran ku di sini dan bertemu lah diriku dgn sahabatku yg baru.... banyak suka dan duka yg telah ku tempuhi di sini....ia akan menjadi kenangan dalam hidup ku buat selama-lamanya...

  
.........di sini lah bermulanya pertemuan yang tidak diduga..ku bertemu dgn kawan-kawan baru ku yg belum ku kenali lagi..ku hanya tersenyap sahaja...kerana diriku nie memang pemalu pada mulanya dan jarang bercakap....disini juga ku bertemu dgn semua pensyarah-pensyarah yg mengajar dalam subjek-subjek tertentu...


 .......mase nie aku mula mengenali semua rakan-rakan ku....gambar ni diambil semasa aku berada di sem 1 iaitu kelas Dka 1 S 2....maklumla,masih budak-budak lagi mase nie..huhu...


........mase nie lah yg paling best semasa sem 1 iaitu kem polibriged di Tasik Puteri,Dungun....byk la jugak kenangan kat sini...yg manis la..hehehe...yg pahitnye,aduh...xleh nak cerita la..hehehe..nak tahu,mase aku kat sini,nak buang air pun susah sebab malam xda bekalan elektrik..gelap gelita la....nak amek air sembhyang pun susah...1 lg,tido pun bukan tido dalam khemah 1 sorang,tp tido dibawah kanvas yg di pasang lampu di tambah pula dgn air hujan yg membasahi kanvas tempat aku nak tido tu...sbb mase mlm tu,hujan turun renyai-renyai...oleh sebab sejuk,aku pun tido lah beramai-ramai dgn budak lelaki dari pelbagai seksyen....huhuhu..tu lah kenangan yg xdapat dilupakan....nantikan sambungannye...hahaha

Moga kita sentiasa di bawah rahmat dan lindungan dari Allah s.w.t...Renung-renungkan dan selamat beramal.....huhuhu...wasalam...

Pengenalan Diriku

Assalamualaikum......

Bismillahirohmanirohim.........

....Namaku Amin.....dilahirkan pada 9 disember 1989...so,sekarang umur ku sudah 21 tahun.....aku dilahirkan di Hospital Besar Kota Bharu,Kelantan Darul Naim....sekarang sudah menjadi Bandaraya Islam......

.....Mula mengenal ABC123 ketika berumur 6 tahun....dan mendapat pendidikan di tadika di Selangor......xingat dah pe name tadika tu,tp tadika tu belajar dalam english la..huhuhu....rumah ku juga pada masa tu,di Ampang Jaya iaitu di atas puncak bukit dan nama tamannya ialah Taman Saga.Banyak perubahan yg berlaku di sana yg telah ku lihat sampai jalan pun berbelit-belit jadinya...huhu...pernah kene hempap motosikal sbb buas sangat...main atas moto ayah,last-last,aku dihempapnya...aduhh,skt guh mase 2..huhu...

.....Sekolah pertama yg mula ku belajar adalah Sekolah Kebangsaan Taman Tasik,Ampang semasa berumur 7 tahun..banyak kenangan yang xdapat aku lupakan semasa aku belajar di situ...tp xleh la nak cite kat sini..hahahahha....aku juga belajar di sekolah agama pada sebelah petangnya di Sekolah Rendah Agama Darul Ehsan rasenye la..hikhik..dah lame sgt,jadi lupe lak..hehehe.....

......Kemudian aku berpindah ke Kelantan aku bersekolah pula di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh........last-last,aku pindah lagi ke Terengganu lak dan bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1 yg sekarang dikenali Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 atau ringkasannya,SKSS1 sehingga lah aku berusia 12 tahun.Semasa aku belajar di sini,aku pernah mengalami pengalaman pahitku iaitu disengat tebuan tanah di kawasan padang di Jalan Pusara.Masa ni,aku duk kat Taman Jaya,Kuala Terengganu...rumah sewa aku..huhu...aku kena sengat dengan adik aku..masuk hospital seminggu..skt ugak kena tp aku tahan jew..adik aku xtahan,dia jerit skt..huhu..mujur aku kuat semangat..kalu tak,dah lama la aku............?huhu....hehehe..

......Aku berpindah pulak kew rumah baruku iaitu yg ku duduki sekarang pada umur 11 tahun di Taman Wakaf Jaya,Wakaf Dua,Kampung Tasek,Bukit Payong,Marang...huhu...pada umur 13 tahun hingga 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin.....

....Selepas SPm,aku xleh masuk u sbb xcapai pe yang dikehendaki....aku pun masuk lah lower form 6 arif.....sehingga lah pada bulan 7 tahun 2007,aku ditawarkan oleh politeknik dungun atau nama barunya,PSMZA atau Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,Dungun bermula julai 2007 sehingga mei 2010.....

.....Aku sekarang tanam anggur lah..tak tahu leh masuk u ke tak lagi...aku rase lebih baik aku keje lu kalau aku xboleh masuk u lagi....kalu nak pun,akhir tahun ni aku isi balik borang u tu....hehehe..k la,sampai situ jew tu ari ini...wasalam...