Tuesday, August 3, 2010

Duhai Hati

Duhai hati,
mengapa diriku ini berdebar-debar,
adakah ianya satu petanda,
yang gembira atau pun duka,
hanya kepadaNya daku berdoa,
semoga bahagia di setiap masa,

Duhai hati,
di kala aku ditimpa susah,
jangan daku bersedih hati,
ingatkan lah aku kepadaNya,
semoga tenang menempuh dugaan,
kerana hikmahnya begitu besar.

Duhai hati,
jika diri ku adalah jodohnya,
tetapkanlah iman dan taqwanya,
ke jalan yang diberkati Allah,
agar cinta ku padanya keranaMu,
Ya Allah,

Duhai hati,
satukan lah engkau dengan hatinya,
supaya cintaku padanya,
menjadi syurga cinta,
yang mendapat keredhaanNya,

Duhai hati,
andai suatu hari nanti,
kau tidak dapat berfungsi lagi,
mungkin diriku tiada lagi,
tidak dapat menatap dirinya lagi,
tidak dapat meluahkan dan menyayangi lagi,
moga cinta dariku kekal abadi,
berdenyut di hatinya, 
menjadi kenangan suci,
manis dan tersemat di hati...


Nuklan,Amin Ungu...