Friday, June 1, 2012

Assalamualaikum

ASSALAMUALAIKUM....

Apa Khabar Sahabat-sahabatku....harap selalu sihat dan dilimpahkan rahmat setiap masa walau apa pun yang kita lakukan...harap jugak semua sihat walafiat walaupun  HP ni yang xsihat...tp xpa la..setiap penyakit itu,adalah ujian Allah..jd perlu la hadapinya dgn tenang...dan juga apa yang penting,kerjasama..oppsss,silap sudah..terikut-ikut wonderpets la nie..haisshhh...hehehehe..apa yang penting,kesabaran dan keikhlasan hati untuk menempuhinya sbb setiap yang Allah bagi itu ada kemanisan iman jika kita berjaya menempuhinya umpama kita berpuasa di bulan Ramadhan juga...hehehehe....jikalau kita sayangkan seseorang itu,kita kena relakan hati kita kerana Allah walaupun ia sedih tapi kita kena redha sebab disebaliknya itu ada kemanisan...apa yang baik untuk orang yang kita sayang adalah baik untuk kita jugak walaupun kita masih sayangkan dirinya...Hanya Allah yang tahu betapa sayangnya kita pada seseorang itu...kita terima apa permintaan baik untuk dirinya sebab mana tahu,Allah masih bagi rasa sayang itu untuk kita  dan dia pada bila-bila masa nanti....kita doakan la apa yang terbaik untuk dirinya...kerana Allah sahaja yang tahu yang kita juga sentiasa sayangkan dirinya setiap saat,tika sedar atau tidak sedar(tidur la)..hehehe...tp lau xsedar tu lain cerita lah...hehehehe...pe yang penting,semangat yang ada perlu diberikan untuk teruskan kehidupan sebab dengan semangat yang ada,menjadikan kita lebih tabah untuk hadapi hari-hari yang penuh dengan cabaran dan dugaan... hehehehehe...ok la..disini saja coretan petang ini..HP doakan yang terbaik untuk diri anda yang membaca ini supaya hidup kita kene kuatkan semangat dengan adanya sahabat-sahabat di sekeliling anda yang juga sayangkan diri anda..pe pun,moga hari-hari akan datang menjadi lebih indah daripada hari-hari semalam dengan semangat yang baru...doaku hanya untuk kamu semua saudara seislamku...

Tuesday, August 3, 2010

Duhai Hati

Duhai hati,
mengapa diriku ini berdebar-debar,
adakah ianya satu petanda,
yang gembira atau pun duka,
hanya kepadaNya daku berdoa,
semoga bahagia di setiap masa,

Duhai hati,
di kala aku ditimpa susah,
jangan daku bersedih hati,
ingatkan lah aku kepadaNya,
semoga tenang menempuh dugaan,
kerana hikmahnya begitu besar.

Duhai hati,
jika diri ku adalah jodohnya,
tetapkanlah iman dan taqwanya,
ke jalan yang diberkati Allah,
agar cinta ku padanya keranaMu,
Ya Allah,

Duhai hati,
satukan lah engkau dengan hatinya,
supaya cintaku padanya,
menjadi syurga cinta,
yang mendapat keredhaanNya,

Duhai hati,
andai suatu hari nanti,
kau tidak dapat berfungsi lagi,
mungkin diriku tiada lagi,
tidak dapat menatap dirinya lagi,
tidak dapat meluahkan dan menyayangi lagi,
moga cinta dariku kekal abadi,
berdenyut di hatinya, 
menjadi kenangan suci,
manis dan tersemat di hati...


Nuklan,Amin Ungu...

Saturday, July 31, 2010

Siapakah Aku?

Siapakah aku?,
aku adalah insan yang dijadikan dari segumpal darah,
dicantumkan dengan daging yang diambil dari tanah,
dan dihidupkan dgn dimasukkan roh ke dalam jasad yg dibentuk,
kemudian semakin membesar di dalam rahim sehingga lah mencapai 9 bulan,
ketika itu,keluarlah seorang makhluk bergelar manusia,
yang diciptakan dgn sempurna dan juga tangisan,
sbb khalifah di muka bumi ini....


Siapakah aku?,
aku adalah insan yang dididik dgn baik oleh insan yg bergelar ibubapa,
dibesarkan dgn penuh kasih sayang dan di ajarkan tentang agama,
supaya menjadi manusia yg berjaya dan berakhlak mulia,
diajarkan juga kalimah-kalimah arab,
iaitu lah Al-Quran,mukjizat dariNya,
kepada kekasihNya,
Nabi Muhammad s.aw namanya...


Siapakah aku?,
aku hanya la hambaMu yang hina,
penuh dgn dosa yg nista,
berdoa memohon kerberkatanNya,
berjuang menentang nafsu yang hina,
agar mendapat rahmat dariNya,
semoga mendapat kebahagian dariNya, 
di dunia mahupun di akhirat,
agar terhindari dari kemungkaranNya...


Ya Allah,Tuhan Yang Maha Pemurah,
Lagi Maha Penyayang,
Berikanlah kekuatan dan ketabahan pada hambaMu ini,
dalam mengharungi,segala dugaan dan cubaan dariMu,
moga dilindungi dari syaitan yg menyesatkan,
supaya aman sejahteralah,hidup di dunia


Robana zolam na anfusana,wailam tar fillana,watarhamna la naku nan na minal kosirin...


Nukilan,Amin Ungu..

Tuesday, July 27, 2010

Tolonglah Wahai Wanita

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja)  mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.
Nabi Muhammad bersabda :

Ertinya : “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Bingkisan Doa

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU. 


Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah,

Wahai Hati...Dengarlah..

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya.  Bukankah ini yang dinamakan iman…………
Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.’
Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.
Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.
Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’
Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….

Tuesday, July 20, 2010

PSMZA DAN JKA(DkA S 2)


....Tanggal Julai 2007,aku telah dimasukkan ke ipta iaitu PSMZA sehingga tahun 2010....bemula lah perjalanan pembelajaran ku di sini dan bertemu lah diriku dgn sahabatku yg baru.... banyak suka dan duka yg telah ku tempuhi di sini....ia akan menjadi kenangan dalam hidup ku buat selama-lamanya...

  
.........di sini lah bermulanya pertemuan yang tidak diduga..ku bertemu dgn kawan-kawan baru ku yg belum ku kenali lagi..ku hanya tersenyap sahaja...kerana diriku nie memang pemalu pada mulanya dan jarang bercakap....disini juga ku bertemu dgn semua pensyarah-pensyarah yg mengajar dalam subjek-subjek tertentu...


 .......mase nie aku mula mengenali semua rakan-rakan ku....gambar ni diambil semasa aku berada di sem 1 iaitu kelas Dka 1 S 2....maklumla,masih budak-budak lagi mase nie..huhu...


........mase nie lah yg paling best semasa sem 1 iaitu kem polibriged di Tasik Puteri,Dungun....byk la jugak kenangan kat sini...yg manis la..hehehe...yg pahitnye,aduh...xleh nak cerita la..hehehe..nak tahu,mase aku kat sini,nak buang air pun susah sebab malam xda bekalan elektrik..gelap gelita la....nak amek air sembhyang pun susah...1 lg,tido pun bukan tido dalam khemah 1 sorang,tp tido dibawah kanvas yg di pasang lampu di tambah pula dgn air hujan yg membasahi kanvas tempat aku nak tido tu...sbb mase mlm tu,hujan turun renyai-renyai...oleh sebab sejuk,aku pun tido lah beramai-ramai dgn budak lelaki dari pelbagai seksyen....huhuhu..tu lah kenangan yg xdapat dilupakan....nantikan sambungannye...hahaha

Moga kita sentiasa di bawah rahmat dan lindungan dari Allah s.w.t...Renung-renungkan dan selamat beramal.....huhuhu...wasalam...